Vitamin Labonda

Hidup Sihat Bersama Shaklee

   Jun 11

Kurang Zat Besi Bayi Jadi Kecil

Apabila seseorang wanita hamil, ada kemungkinan untuknya menghidap anemia yang disebabkan kekurangan zat besi. Dalam keadaan ini, wanita mungkin berasa cepat penat manakala bayi dalam kandungan ada kebarangkalian menjadi kecil dan dilahirkan sebelum waktunya.

Pakar Hematologi, Hospital Raja Perempuan Zainab II Kelantan, Dr Sinari Salleh berkata, semasa hamil badan wanita menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.

Katanya, sekiranya zat besi atau vitamin B12 dan folat tidak dibekalkan secukupnya, penghasilan darah merah mungkin tidak cukup untuk keperluan. Bila usia kandungan semakin meningkat, isipadu darah juga bertambah dan ini menyebabkan pencairan darah berlaku.

“Walaupun sel darah merah makin bertambah, namun penghasilan plasma darah lagi bertambah dan menyebabkan keadaan yang dipanggil anemia relatif atau fisiologi. Seseorang itu dikatakan mengalami masalah anemia apabila tahap hemoglobin kurang dari 11 g/dl semasa trimester pertama, 10.5 g/dl semasa trimester kedua dan 10 g/dl dalam trimester ketiga.

ibu

“Terdapat 75 hingga 95 peratus wanita hamil mengalami masalah anemia disebabkan kekurangan zat besi. Wanita yang hamil sentiasa mengalami kekurangan zat besi untuk menampung keperluan semasa mengandung. Justeru, mereka disarankan agar mening­katkan pengambilan zat besi dalam diet harian,” katanya.

Semua wanita hamil berisiko mengalami masalah anemia. Ini kerana mereka perlukan lebih zat besi dan asid folik berbanding biasa. Namun risikonya lebih tinggi jika anda:

- Hamil anak kembar

- Kerap hamil dan jarak antara dua kehamilan adalah dekat

- Banyak muntah kerana mabuk hamil sehingga tidak lalu makan

- Hamil pada usia terlalu muda (remaja)

- Tidak mengambil cukup makanan yang kaya zat besi

- Sudah mengalami anemia sebelum hamil

Pemeriksaan darah perlu dijalankan secara rutin semasa lawatan pertama ke klinik ibu mengandung. Antara gejala anemia adalah letih, tidak bermaya, sakit kepala, pening, berdebar-debar dan sesak nafas.

Menurutnya, selain itu masalah anemia yang tidak dirawat juga boleh menyebabkan komplikasi seperti kelahiran pra matang, kematian bayi dalam kandungan dan kemurungan selepas kelahiran. Kesan pada bayi pula boleh menyebabkan tumbesaran terbantut, kerencatan perkembangan akal dan psikomotor.

Rawatan zat besi secara rutin disarankan dalam program penjagaan ibu mengandung. Sekiranya, ibu mengandung tidak dapat mengambil zat besi dengan cara biasa, maka disarankan mereka mendapatkan suntikan zat besi yang dilakukan di klinik atau hospital. Ada beberapa jenis penyediaan suntikan zat besi dan wanita tidak perlu bimbang kerana doktor akan berbincang dengan pesakit sebelum sebarang terpai diberikan.

Menurut Dr Sunari, kekurangan vitamin B dan folat lebih jarang ditemui berbanding kekurangan zat besi. Bagaimanapun, pemberian folat disarankan semua ibu mengandung untuk mengurangkan risiko kecacatan saraf tunjang pada bayi.

Kekurangan vitamin ini menyebabkan anemia ‘non-pernicious megaloblastic’ dengan MCV lebih dari 100 fL. Sekiranya anemia yang berlaku kerana kekurangan ketiga-tiga zat ini, zat besi, folat dan B12, MCV menunjukkan bacaan yang normal (normocytic anaemia). Sekiranya pesakit mempunyai paras folat yang rendah, beliau perlu mengambil dos yang lebih tinggi.

Katanya, pesakit yang mengalami kekurangan vitamin B12 memerlukan siasatan lanjut untuk memastikan tahap faktor intrinsik (yang diperlukan untuk penyerapan vitamin B12). Keadaan di mana berlakunya kekurangan faktor intrinsik ini dipanggil ‘pernicious anaemia’. Tetapi setengah ujian seperti ujian Schilling hanya dapat dijalankan selepas kelahiran bayi kerana ia membabitkan penggunaan bahan radioaktif.

Anemia kerana jangkitan pula sering berlaku di negara bukan industri. Antara jangkitan yang boleh menyebabkan anemia adalah HIV, malaria, cacing, hepatitis dan TB (tuberkulosis). Sekiranya sejarah pesakit menunjukkan terdapatnya pendedahan kepada jangkitan ini, maka perlu dijalankan siasatan yang berpatutan.

Sementara anemia ‘Diamond-Blackfan’ dan penyakit sel sabit jarang dijumpai dalam kalangan wanita Malaysia. Bagaimanapun, dengan bertambahnya rakyat dari Afrika yang bermastautin di Malaysia, maka tidak mustahil berlaku peningkatan anemia sel sabit ini.

“Pemindahan darah mung­kin perlu dilakukan sekiranya berlaku anemia yang teruk dalam kalangan wanita mengandung yang hampir bersalin. Tahap haemoglobin yang perlu untuk pemindahan darah mungkin lebih rendah dalam kalangan mereka yang mempunyai anemia kronik berbanding mereka yang mengalami hemolisis akut.

“Agak sukar untuk memberi paras haemoglobulin yang sesuai bagi pemindahan darah, tetapi perlu memberi darah kepada wanita mengandung 34 minggu ke atas yang mempunyai haemoglobin kurang dari 7g/dl. Anemia yang teruk mesti dirawat sebelum kelahiran bayi untuk mengelakkan komplikasi yang berpunca akibat pendarahan semasa kelahiran.

“Justeru, wanita mengandung disarankan supaya datang mengikut jadual seperti yang disediakan di klinik ibu mengandung. Ini sangat penting untuk memastikan keselamatan dan kesihatan ibu dan anak,” katanya.

Faktor makanan

Doktor mungkin mencadangkan wanita hamil me­ngambil beberapa jenis makanan seperti daging, telur dan produk tenusu bagi membantu mengatasi masalah ini.

Antara langkah yang boleh diambil bagi mencegah anemia ialah memastikan diet anda cukup zat besi. Ambil sajian seimbang dan menambah beberapa jenis makanan yang kaya zat besi.

Sasarkan untuk makan sekurang-kurangnya tiga hidangan kaya zat besi seperti daging tanpa lemak, ayam, ikan, sayur-sayuran berdaun hijau (contohnya brokoli dan bayam), bijirin yang diperkaya zat besi, kekacang, tauhu dan telur.

Selain itu makanan yang kaya vitamin C boleh membantu badan anda menyerap lebih banyak zat besi. Antara makanan itu adalah buah-buahan sitrus, jus buah, strawberi, kiwi, tomato dan lada benggala.

Pada masa sama, jangan lupakan makanan yang kaya asid folik untuk mencegah kekurangannya. Ini termasuklah sayur-sayuran berdaun hijau, buah-buahan sitrus, jus buah, kekacang dan bijirin atau roti yang diperkaya dengan folat.


Artikel ini disiarkan oleh HARIAN METRO
Oleh : Yusliza Yakimir Abd Talib
Pada: Rabu, 10 Jun 2015

Pssst, pssstt psssst  …..  Apa kata baca info menarik ini jugak?.. ^_^


   Jun 02

Kegatalan Melampau

Ekzema boleh terjadi akibat interaksi antara faktor genetik dan persekitaran atau tabiat tertentu yang boleh membuatkan rasa gatal serta ruam menjadi lebih teruk.

Ia biasanya terjadi kepada individu yang mengalami asma dan alergi hidung atau mereka yang mempunyai ahli keluarga yang mendapat penyakit berkenaan.

ekzema

Ketiga-tiga jenis penyakit berkenaan sering dirujuk oleh doktor sebagai atopi tiga serangkai (atopic triad). Jutaan orang menderita akibat ekzema di seluruh dunia dan masalah berkenaan semakin berkembang terutama dalam kalangan masyarakat bandar.

Ekzema menyebabkan kulit menjadi merah, kering, bersisik dan sangat gatal. Paling membimbangkan apabila masalah berkenaan turut dihidapi kanak-kanak. Diang­garkan seorang daripada setiap lima kanak-kanak mengalami ekzema.

ekzema2

ekzema3

Menurut Perunding Dermatologi Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Leong Kin Fon, ekzema boleh dikenal pasti melalui dua ciri iaitu ruam dan kegatalan yang melampau.

“Kulit menjadi sangat kering dan mula gatal sekali gus menyebabkan keinginan untuk menggaru. Apabila menggaru, kulit akan luka dan kawasan berkenaan menjadi sasaran kepada masalah jangkitan.

“Seterusnya, ia mencetus pelepasan bahan kimia yang menyebabkan keradangan dan kulit menjadi rengsa. Akhirnya, kitaran gatal, garu, jangkitan dan keradangan yang teruk akan berlanjutan,” katanya.

Ruam ekzema datang dan pergi. Kebiasaannya, kegatalan akan dirasai terlebih dulu sebelum menyebabkan kewujudan masalah ruam.

Ia bukan hanya memberi kesan kepada kesihatan kulit pesakit tetapi turut mengganggu aktiviti harian dan menghalang mendapat tidur mencukupi pada waktu malam.

Hal ini turut menyukarkan ibu bapa pesakit kecil untuk tidur pada waktu malam kerana masalah kegatalan yang dihadapi si kecil.

“Saya selalu memberitahu pesakit kecil dan kanak-kanak lain bahawa menghidap ekzema adalah seperti berlari maraton. Anda mungkin tidak dapat mencari ubat yang berkesan dalam waktu singkat, tetapi jangan mudah putus asa.

“Teruskan usaha dan satu hari nanti, pasti akan mendapat rawatan yang berhasil untuk diri sendiri. Ini kerana tiada ‘krim ajaib’ yang boleh menyelesaikan masalah dihadapi sebaliknya rawatan kombinasi perlu dilakukan untuk mengatasi ekzema,” jelas Dr Leong.

Justeru, sangat penting untuk mendidik dan memperkasakan pesakit muda, ibu bapa atau penjaga mengenai langkah pengurusan serta penjagaan ekzema yang betul.

Rawatan kombinasi

Rawatan untuk setiap pesakit adalah berbeza dan berubah mengikut usia serta tahap serius masalah ekzema. Ekzema tidak boleh sembuh dengan sekelip mata tetapi ia boleh dikurangkan melalui rawatan dan pengurusan yang betul.

Justeru, pesakit perlu sentiasa dalam keadaan hidrat serta kerap menggunakan krim pelembap dan pengawal, ubat yang disarankan doktor serta mengelak atau menghapuskan faktor pencetus ekzema.

“Krim pelembap membekalkan kelembapan pada kulit di samping memainkan peranan penting dalam me­ngurangkan keradangan ekzema.

“Sesetengah krim pelembap mempunyai ciri khas untuk menangani ekzema di kawasan kulit yang paling gatal. Buat masa ini, krim peranti perubatan adalah ejen terkini untuk membantu menguruskan ekzema secara berkesan,” katanya.

Namun, ibu bapa atau pesakit tidak boleh hanya bergantung kepada penggunaan krim pelembap semata-mata sebaliknya mendapatkan nasihat serta kaedah rawatan kombinasi yang bersesuaian dengan keadaan pesakit.

Sementara itu, Pengurus Kawasan Terapeutik Serantau Menarini Asia Pasifik Dr Steven Januar Kusmanto berkata, krim peranti perubatan pertama seumpamanya, Atopiclair yang dikeluarkan pada 2011 diterima baik di Malaysia.

“Krim pengawal dan bebas steroid ini mendapat kelulusan Pentadbiran Makanan dan Ubatan (FDA) Amerika Syarikat, tidak mengandungi pewarna, pewangi, paraben dan bukan berasal daripada sumber haiwan.

“Malah, ia juga diuji secara klinikal dan sesuai untuk bayi, kanak-kanak serta pesakit dewasa yang mengalami ekzema ringan atau sederhana.

“Penggunaannya secara berkala dapat membantu menghalang bahagian kulit yang rengsa daripada terus meradang. Ini juga teknik rawatan yang lebih menjimatkan dan berkesan,” katanya.

Menurutnya, merujuk kepada satu kajian terkini yang tersiar dalam Journal of Drugs in Dermatology menunjukkan seorang pesakit dapat menjimatkan sehingga RM3,000 setiap tahun kerana kos perubatannya lebih kecil, penggunaan ubatan sedikit dan peningkatan masa produktiviti berbanding pesakit yang menggunakan pelembap konvensional.

Buku panduan pengurusan ekzema

Menyedari bebanan dihadapi pesakit, ibu bapa dan penjaga, Persatuan Dermatologi Malaysia (PDM) dan Persatuan Pediatrik Malaysia (MPA) memulakan kempen Pelan Tindakan Ekzema Saya (MyEAP) yang menjurus kepada pengurusan ekzema dalam kalangan kanak-kanak di seluruh negara sempena Bulan Kesedaran Ekzema Kebangsaan (NEZAM) tahun ini.

Menurut Presiden PDM yang juga badan pengasas NEZAM Dr Henry Foong, ‘My Eczema Action Plan: Your Step-by-Step Guide to Managing Eczema’ adalah buku panduan bergambar yang ditulis dalam bahasa Inggeris dan mudah untuk difahami.

“NEZAM yakin buku panduan itu akan menjadi satu alat berkesan untuk membantu pesakit dan ibu bapa menangani ekzema secara berkesan.

“Ini kerana buku berkenaan disusun mengikut topik bagi memudahkan pesakit kecil dan ibu bapa mempelajari serta mengingati perkara penting bagi menangani ekzema,” katanya.

Dua watak kartun turut diperkenalkan iaitu Nezam sebagai kanak-kanak lelaki comel dan Claire memegang watak kanak-kanak perempuan yang cantik.

Melalui penggunaan kedua-dua watak kartun berkenaan, pesakit kecil berusia lima tahun ke bawah dapat membaca buku panduan itu dengan seronok di samping mempelajari cara menguruskan kesihatan kulit sendiri secara berkesan.

Menerusi buku panduan berkenaan, sistem lampu isyarat yang mempunyai tiga warna zon iaitu hijau, kuning dan merah diperkenalkan untuk membantu pesakit memahami setiap perkara yang perlu dilakukan mengikut

tahap serius ekzema yang dihadapi.

“Ketika berada di zon hijau, kulit kelihatan sihat dan hanya terdapat kerengsaan yang ringan. Apabila pesakit berada di zon kuning, ini bermakna kulit menunjukkan perubahan yang lebih ketara atau gejala lain dan ubat perlu disapu pada bahagian kulit yang bermasalah.

“Zon merah ditentukan apabila gejala ekzema semakin meluas dan keradangan atau jangkitan kulit terjadi, pesakit perlu berjumpa doktor dengan segera,” katanya.

Menariknya, buku panduan berkenaan akan disumbangkan kepada Eczema Kidz Club HKL. Kelab berkenaan mempunyai ahli yang terdiri daripada pesakit ekzema kanak-kanak daripada Institut Pediatrik HKL.

Turut hadir pada majlis pelancaran buku panduan berkenaan, ahli panel pakar NEZAM iaitu Perunding Dermatologi HKL, Dr Sabeera Begum Kader Ibrahim dan Dr Noor Zalmy Azizan serta wakil penaja kempen.

Sebagai sebahagian program tanggungjawab sosial korporat (CSR), Menarini bekerjasama dengan CARiNG Pharmacy bagi mengumpul dana untuk Eczema Kidz Club.

Mulai Mei hingga September depan, sebanyak RM3 bagi setiap botol losen atau tiub krim Atopiclair yang terjual di farmasi itu akan disumbangkan kepada kelab berkenaan.

Penaja kempen berharap dapat mengumpul sumbangan sebanyak RM10,000 dalam tempoh lima bulan kempen berlangsung.

Artikel ini disiarkan oleh HARIAN METRO
Oleh : Hajahfarhana Tarmudi 
Pada: Isnin, 1 Jun 2015 @ 12:01 PM

Nota: SHARING IS CARING… 


   Apr 07

Sasar Perolehan Meningkat 50%

Shaklee Products (Malaysia) Sdn Bhd (Shaklee) optimis mencatatkan pertumbuhan perolehan sebanyak 50 peratus tahun ini berbanding RM400 juta yang dicatatkan pada tahun lalu bersandarkan pelaksanaan kempen kesedaran produk kepada penggguna dan membuka peluang perniagaan kepada orang ramai.

Shaklee adalah produk makanan tambahan serta barangan keperluan pengguna yang mengguna pakai platform pamasaran secara langsung dan ketika ini terdapat antara satu hingga 1.5 peratus penduduk Malaysia menjadi pengedar produk berkenaan.

Presidennya, Victor Lim berkata, Shaklee adalah produk berasal dari Amerika Syarikat yang mempunyai cawangan di seluruh dunia dan Malaysia menjadi penyumbang keempat terbesar ke atas perolehan keseluruhan globalnya.

VICTOR LIM / SHAKLEE

Beliau berkata, ketika ini terdapat lebih 50 produk Shaklee berada di Malaysia terdiri daripada pelbagai segmen kegunaan antaranya bagi meningkatkan tenaga ketika bersukan, kecantikan tubuh badan dan nutrisi kesihatan.

“Tahun ini, kami tidak bercadang untuk memperkenalkan sebarang produk baru tetapi lebih kepada kempen iaitu Kesan Shaklee Kepada Kehidupan bagi membolehkan orang ramai mengetahui keberkesanan penggunaan produk kami serta membantu melahirkan lebih ramai usahawan baru dalam perniagaan jualan langsung.

“Walaupun terdapat pelbagai spekulasi dalam penurunan jualan produk berikutan pelaksanaan Cukai barangan dan Perkhidmatan (GST), kami tidak merasakan ia akan berlaku dalam segmen kesihatan atau makanan tambahan kerana ia satu keperluan pengguna untuk menjalani kehidupan seharian,” katanya kepada Bisnes Metro semalam.

Menerusi pengenalan kempen itu, Shaklee optimis mampu mencatatkan 50 peratus peningkatan pengedarnya tahun ini terutama di kalangan mereka yang berusia 25 hingga 40 tahun.

Artikel ini disiarkan HARIAN METRO
Oleh : Hafiz Ithnin
Pada : Rabu, 18 Mac 2015 @ 5:16 AM

So all…. joom bershaklee…. paling kurang pun bershaklee untuk kesihatan diri sendiri… !!!!  ^_^

shaklee

 


   Sep 22

Kenapa Rahim Bengkak

KENAPA RAHIM BENGKAK?

 

dr malinda

Ramai pula yang inbox saya tentang isu ini. So, better saya buat sedikit ‘press conference’ Untuk kita semua lebih jelas.

Ok…!!!

Basically,

Rahim = Uterus (terdiri dari pangkal rahim, badan rahim dan saluran fallopian)

Kilang telur = Ovari.

Ramai pesakit saya tak pasti samada uterus atau ovari yang sebenarnya membesar, so mereka akan just kata ‘rahim’.

So, jika anda berhadapan dengan perkara ini, lebih baik dapatkan diagnosis sebenar pada doktor. Uterus atau ovari yang bengkak?

Uterine fibroid atau Ovarian cyst adalah antara salah satu masalah yang selalu diperkatakan sebagai ‘rahim bengkak’.

Kajian menunjukkan bahawa 20-50% wanita mempunyai sekurang-kurangnya 1 fibroid dan kebanyakkan mereka tidak pernah tahu atau tidak di diagnosis oleh mana-mana doktor ataupun accidentally dikesan semasa melakukan scan. (Rujukan: Life extension book : Disease prevention and treatment; 2003: Page 1569).

Dalam 99% kes uterine fibroid, ia adalah bukan jenis kanser.

Sehingga sekarang, tidak ada seorang doktor atau saintist yang pasti apakah yang menyebabkan uterine fibroid atau ovarian cycts ini berlaku. Anda tidak boleh menuding jari mengatakan rahim anda bengkak di sebabkan satu perkara sahaja. Sesuatu diet, produk atau apa-apa supplement.

Beberapa kajian jelas menunjukkan bahawa fibroid atau cyst berlaku disebabkan beberapa kombinasi faktor, di antaranya adalah kerana :

  1. Hormon Estrogen yang berlebihan

    Fibroid atau cyst adalah ketumbuhan sel yang bergantung pada estrogen. Jika hormon estrogen dan progesteron dalam badan anda tidak seimbang, anda pasti berisiko untuk mendapat penyakit ini. Keadaan seperti ini sangat ketara dalam mereka yang mengalami masalah PCOS yang boleh menyebabkan infertility.

    Penggunaan pil perancang keluarga juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan estrogen dan boleh mengaktifkan fibroid atau cycts.

  2. Lambakan xenoestrogen dalam badan.

    Xenoestrogen adalah ‘estrogen sintetik’ yang terdapat dalam persekitaran (makanan, air, kimia dari industri pertanian dan penternakan).

    Dalam kata lain, ia adalah estrogen palsu dalam badan. Ia boleh merangsang atau mengganggu fungsi estrogen dalam badan.

    Dari mana datangnya xenoestrogen ini?

    • phthalates (bahan dlm plastic atau getah)
    • racun serangga (pesticides)
    • tobacco by products.
  3. Obesiti.

    Lemak berlebihan dalam badan akan mengaktifkan satu sistem yang kita panggil ‘Endocanabinoid system’. Sistem ini akan mengganggu fungsi-fungsi hormon yang lain dan juga boleh menyebabkan silent inflammation atau radang yang tinggi dalam badan.

    Ini bukan sahaja menyebabkan ketumbuhan, malah berisiko untuk mendapat pelbagai jenis kanser.

  4. Genetik

    Jika anda mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit yang sama, anda juga boleh mempunyai risiko yang sama.

Apa tanda-tanda fibroid atau cyst?

Kebanyakkan wanita tidak mempunyai sebarang tanda. Tak sedar pun ia wujud dalam badan kita. Tetapi, jika ia semakin aktif atau membesar, ia boleh menunjukkan simptoms tertentu.

Antara simptoms-simptoms fibroid /cyst adalah :

- haid yang tidak teratur / berpanjangan
- sakit perut
-sakit ketika hubungan kelamin
- perut membuncit
- pendarahan abnormal

Perlukah operation?

Pada kebiasaannya, tidak memerlukan operation sekiranya ia tidak mengganggu dan tidak membesar. Tetapi Jika fibroid menyebabkan pendarahan yang berterusan, anda perlu melakukan pembedahan.

So? Macamana nak elakkan memandangkan kebanyakkan wanita berisiko?

Cadangan diet yang sesuai :

  1. Elakkan makanan yang menggalakkan pertumbuhan fibroid seperti : Produk berasakan tenusu, daging merah, makanan bergoreng, makanan dan minuman bergula, salt, kafein dan alkohol.
  2. Buahan dan sayuran segar yang mengandungi banyak phytoestrogen. Plant estrogen ini membantu kestabilan estrogen dalam badan.
  3. Makanan berserat tinggi boleh membantu mengurangkan estrogen berlebihan dalam badan – fecal estrogen meningkat. Ini menyebabkan fungsi estrogen dalam badan lebih stabil dan mengurangkan tahap xenoestrogen dalam badan.
  4. Kawal berat badan
  5. Tidak merokok atau menjadi perokok pasif.


SOYA??
Ok, ramai juga orang tanya : Soya produk tak bagus untuk wanita?

Banyak perbahasan tentang isu soya ini. Ada yang pro dan cont.

Beberapa kajian yang mengatakan wanita yang mempunyai fibroid tidak boleh mengambil soya kerana kandungan isoflavinoids Genistein dan Daidzein boleh menggalakkan estrogen aktiviti.

Kajian lain pula menunjukkan bahawa negara seperti Jepun yang mengamalkan pengambilan soya Sebagai makanan utama mempunyai kadar penyakit kanser rahim yang sangat rendah berbanding negara yang tidak mengambil soya langsung.

(Michael T. Et al, 2012), Candangan yang mengatakan pengambilan soya adalah tidak sesuai untuk wanita yang mempunyai cyst atau fibroid tidak tepat. Ini kerana isoflavinoid dalam soya mempunyai kesan estrogen yang berbeza pada sel-sel badan yang berbeza. Soy phytoestrogen tidak mempunyai kesan meransang sel fibroid tetapi ia mempunyai kesan’anti-estrogen’ di mana ia membantu mengecutkan fibroid. Tetapi, pastikan sumber soya anda adalah dari jenis soya yang tidak dimodifikasi secara genetik (non-GMO).

Walaubagaimanapun, bersederhana adalah jalan yang terbaik. Cadangan pengambilan antara 45 – 90mg soy sehari.

Soya, nuts, flaxseed mengandungi phytoestrogen yang baik.

Nutrition supplement yang dicadangkan untuk anda yang mengalami fibroid atau cyst :

  1. Lipotrophic factor spt Innositol dan Choline membantu detoxification estrogen – melancarkan pemecahan lemak dibahagian hati.
  2. Immune enhancing nutrient – coQ10, vitamin c, vitamin e, selenium dan zinc
  3. Omega 3 (EPA + DHA) – antiinflammasi.
  4. Liver enhanced detox supplements – milk thislte, dandelion dan artichoke.
  5. Vitamin B – membantu proses detoksifikasi (methylation) dalam sel hati.
  6. Grape seed extract – strong antioxidant dengan ORAC yang tinggi
  7. Green tea – powerful antioxidant

GLA boleh ke?

  • GLA adalah good omega 6 yang membantu mengurangkan randang dan membantu kestabilan hormon.
  • GLA dari minyak borage adalah yang terbaik berbangin dari EPO.
  • Minyak yang kita gunakan untuk menggoreng seperti minyak jagung, corn oil dan minyak sunflower juga mengandungi omega 6 tetapi minyak jenis ini lebih bersifat pro-radang dan menyebabkan keradangan.

Hati-hati dalam penggunaan minyak yg kita goreng, kerana ini antara sebab fibroid dan cyst boleh semakin membesar.

Semoga sedikit sebanyak memberi manfaat untuk kita semua.

Take care of your health.

Wanita – Anda Istimewa 

Sumber : COPY&  PASTE from FB Dr. Malinda


   Apr 22

Why Are You Taking Fish Oil Supplements?

The other day, I was chatting with a friend about supplements, and found out something that concerned me a bit. Apparently, my friend had been taking fish oil supplements for years, but the concerning part is that she didn’t really seem to know why she was taking them.

She said, “I think it has something to do with heart health, but I don’t remember.”

It made me start to wonder: How many people start taking vitamins and supplements based on one view, and then stop thinking about it?

Fortunately, fish oil is thought to have many health benefits. And she’s right about it “having something to do with heart health.” Here is a look at some of the possible health benefits of fish oil.

Fish oil and heart health

There is evidence that fish oil may improve heart health. A 2009 study in the Journal of the American College of Cardiology suggested that people without cardiovascular disease should consume a minimum of 500 milligrams per day of the oils EPA and DHA to prevent coronary heart disease, and those with known coronary heart disease should consume at least 800 mg daily. [10 Amazing Facts About Your Heart]

The omega-3 fatty acids found in fish oil may also reduce the risk of sudden death in people without symptoms of cardiovascular disease, according to the results of a 2002 New England Journal of Medicine study.

Fish oil and mental health

Some evidence also suggests that fish oil may have mental health benefits. One study found that fish oil and exercise, exclusive of each another, improved people’s cognitive performance and protected against neurological lesions, according to the findings published in 2013 in the journal Behavioral Brain Research.

In another study, researchers found that patients who ate fish at least once weekly were 60 percent less likely to develop Alzheimer’s disease than those who ate fish rarely or never, according to results published in 2003 in the journal JAMA Neurology.

Fish oil in the diet

As with most things, if you’re consuming an adequate amount of fish oil through your diet, there is no need to take a supplement in order to experience its health benefits. Moreover, if you are supplementing with fish oil, or anything else, it’s a good idea to fully understand the health benefits and potential side effects.

As with all supplements, please discuss taking fish oil with your health care professional, especially if your physician has prescribed a blood thinner.

Healthy Bites appears weekly on LiveScience. Deborah Herlax Enos is a certified nutritionist and a health coach and weight loss expert in the Seattle area with more than 20 years of experience. Read more tips on her blog, Health in a Hurry!

Copyright 2014 LiveScience, a TechMediaNetwork company. All rights reserved. This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed.

OmegaGuard™ Shaklee

omegaguard

Docosahexaenoic acid (DHA) and Eicosapentaenoicacid (EPA) are omega-3 fatty acids found in deep-sea cold water fish. DHA and EPA are known to reduce inflammation, promote proper brain, nervous system, and eye function and must be obtained through the diet.

Shaklee OmegaGuardTM is a dietary supplement containing fish oil.  One serving of OmegaGuardTM provides 1000mg of omega-3 fatty acids including DHA and EPA.

* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

shaklee


   Apr 16

Aku Rapunzel

PENDERITAAN penyakit hyperinsulinism kongenital dihidapi seorang kanak-kanak dari Failsworth, Manchester, Amerika Syarikat terubat apabila memiliki rambut ikal seperti watak Rapunzel.

rapunzel

Sophie Fieldhouse, 6, mengidap penyakit kekurangan gula dalam darah terpaksa bergantung pada ubat Diazoxide namun kesan ubat berkenaan menyebabkan rambutnya tumbuh dengan cepat.

“Ramai sukakan rambut saya. Ia panjang dengan cepat,” katanya.

Ibunya, Amanda Turner, 37, berkata, kini anaknya beralih kepada pengambilan minyak ikan bagi mengurangkan pengambilan Diazoxide kerana ia mempunyai kesan sampingan.

“Walaupun memiliki rambut panjang dan cantik, hakikatnya dia mengidap penyakit jarang ditemui.

Sejak berhenti mengambil ubat itu, dia cepat lapar dan memerlukan makanan tambahan,” katanya.

Difahamkan, penyakit ini hanya ditemui seorang dalam 50,000 kanak-kanak, laporan dipetik dari nydaily.

Sumber: www.sinarharian.com.my

PENTINGNYA MINYAK IKAN

ternyata manfaat pengambilan minyak ikan dalam pemakanan seharian semakin banyak diperkatakan. Minyak ikan khususnya ikan berlemak yang lazimnya diperolehi daripada lautan perairan sejuk seperti salmon, tuna, makerel, hering dan beberapa lagi. Lebih khusus lagi adalah kandungan asid lemak,iaitu omega-3.

Omegaguard Shaklee adalah pilihan terbaik

OMEGA SHAKLEE
click gambar untuk image dan info lebih jelas

Untuk sebarang info, order ataupun berminat menjadi ahli Shaklee boleh hubungi saya Lindawirty Sawir (SID: 1072722).

shaklee

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


   Mar 05

Langsing Dengan Minuman

Assalamu alaikum…

Dalam leka membaca berita di yahoo.com terjumpa satu tips yang menarik perhatian bonda. Tips beauty bagi wanita yang mahukan tubuh langsing dan sihat. Langsing tapi tak sihat tak elok jugak bukan. Baik kita gemuk tapi sihat. Apa yang terpenting sebenarnya penjagaan  pola pemakanan kita.

makan berlebihan

Beauty Tips by www.yahoo.com.my 

Setiap wanita mahukan tubuh yang langsing dan menarik. Kini banyak pil pelangsing yang boleh dilihat di laman sosial mahupun di papan iklan.

langsing

Tetapi tidak semua mendatangkan hasil jika anda masih tidak mengawal permakanan anda dengan betul. Namun tahukah anda minuman juga boleh melangsingkan anda? Di sini kami ingin berkongsi dengan anda tentang lima jenis minuman yang dapat membantu anda untuk melangsingkan badan anda. 

jus

  • Jus sayuran

Jus sayuran adalah salah satu cara yang berkesan untuk memberi serat dan nutrien dalam badan kita untuk membantu tubuh badan kita menurunkan berat badan. Pengambilan sayuran dan buah-buahan membuatkan kita kenyang lebih lama.

  • Air

Ia sememangnya diketahui baik untuk kesihatan. Ia bukan sahaja membuang toksin dalam badan, malah ia sangat berkesan dalam membantu anda untuk menurunkan berat badan. Anda boleh meminum air dengan ditambah sehiris buah lemon segar, limau nipis, timun atau pun tomato kerana sayuran ini bagus untuk anda selain menambah perasa.

  • Teh hijau

Teh hijau sememangnya sudah terbukti berkesan membantu dalam pelangsingan tubuh. Ia juga membantu meningkatkan metabolisme. Cuba amalkan meminum teh hijau tidak kira sejuk atau pun panas. Teh hitam dan teh oolong kerana kedua-duanya mengandungi anti-oksidan yang boleh menyingkirkan toksin dalam badan.

  • Susu rendah lemak

Susu rendah lemak bagus yang berasaskan protein tanpa lemak, vitamin D dan kalsium yang menolong untuk pembinaan otot dan menguatkan tulang. Ia lebih sedap jika ditambah dengan sedikit coklat untuk perasa dan khasiat yang lebih efektif.

  • Kopi hitam

Secawan kopi hitam di awal pagi atau segelas kopi ais di waktu tengah hari sebenarnya membantu dalam menurunkan berat badan. Ia berfungsi dalam merangsang kafein yang boleh mengawal nafsu makan. Malah ia juga mampu memanaskan tubuh badan kita dan meningkatkan metabolisme dalam badan. Cuma, kurangkan gula dalam kopi atau gunakan susu rendah lemak.

SET KURUS SHAKLEE

Shaklee memiliki beberapa set kurus berdasarkan budget anda yang terdiri dari tiga komponen iaiatu :- BAKAR –>> BUANG –>> dan BINA. 

DIET SET

Dan yang terpenting sekali perbezaan SHAKLEE berbanding produk pelangsing lain adalah:-

 1.       Memberikan nutrien yang mencukupi.
2.       Melindungi otot.
3.       Indeks glisemik yang rendah.
4.       Penggunaan bahan2 asli bebas GMO.
5.       Mengandungi makro & mikro nutrien penting.

6.       Diuji secara klinikal.

 Untuk sebarang info, order ataupun berminat menjadi ahli Shaklee boleh hubungi saya Lindawirty Sawir (SID: 1072722).shaklee

   Feb 21

Gelatin Capsul Shaklee Halal

Sebelum ini Bonda hanya salah seorang pengguna dan bukan seorang Distributor. Jatuh cinta dengan “result” barulah Bonda mengambil peluang untuk menjadi salah seorang pengedar produk Shaklee. Btw, sebelum menggunakan sebarang produk/supplemen Bonda akan cek terlebih dahulu untuk menghilangkan rasa was-was di hati dan memikirkan kesan samping dalam jangka panjang. Dan semestinya sebagai seorang muslimah pun mencari produk yang HALAL, selamat dan berkesan, dan semula jadi. Sekurang-kurang-nya saya tau dan paham apa yang saya beli, dan tidak ada pembaziran.

Di bawah ini adalah salah seorang pengguna Shaklee yang membuang semua jenis produk yang mengandungi Bovine gelatin. Sayang betul..  Beliau buang semua suplemen Shaklee ini disebabkan produk Shaklee diperbuat daripada BOVINE gelatin. Kalau tak tahu kan lagi elok bertanya, jangan main redah macam tu ajer… kalau dah buang, sesal kemudian tiada guna… sayang tu.. baik punya + halal… beli dengan duit, bukan dengat kertas… kan.. 

 

gelatinIsh..ish.. tak patut tak patut…

Nak explain sikit ni.. Produk Shaklee tidak ada kaitan dengan ekstrak babi atau seumpamanya. Kapsul yg digunakan adalah dari “bovine” gelatin yg halal. Bovine adalah lembu. Kilang di sana juga telah mengasingkan penghasilan produk khusus untuk Malaysia, yg mana lembu-lembu disembelih cara Islam. Ada wakil pengedar dari Malaysia sendiri pergi untuk melihat sendiri proses tersebut. Jika anda ingin membeli vitamin yg berbentuk kapsul or softgel, pastikan kapsul yg digunakan adalah Bovine gelatin dan bukannya PORCINE gelatin.

Sedikit info untuk kita sama-sama ambil tahu, agar kita lain kali berhati-hati dalam membuat andaian ataupun membuat spekulasi sendiri.

  1. BOVINE (lembu)
  2. PORCINE (babi/khinzir)
  3. HUMAN (manusia)
  4. AVIAN (burung)
  5.  CAUSIAN (kerbau)
Sebab itulah, kalau tak tahu sebaiknya kita bertanya. Kalau dah buang baru nak tau, jawabnya menyesal tak sudah la kan… beli barang baik, tapi buang macam tu ajer… sayangnyerr…. kan…  Som jangan risau, produk Shaklee  yang masuk ke Malaysia betul-betul di tapis untuk menjaga sensitifiti kita sebagai orang Islam. ^_^

Untuk sebarang info, order ataupun berminat menjadi ahli Shaklee boleh hubungi saya Lindawirty Sawir (SID: 1072722).

shaklee

 


   Feb 14

Kulit Cantik, Mulus dan Berseri, Tak Nak Ker?

Wanita dan kecantikan memang tidak dapat lari jauh, betul tak? Tetapi ternyata ramai lagi diantara kaum hawa ni, nak cantik tapi masih terumbang ambing tak tahu hala tuju untuk menjaga kecantikan muka dan diri. Berapa ramai yang berani keluar tanpa make-up? Tak ramai kan.. Sama halnya seperti saya juga.. tapi itu DULU tau…. sekarang ni.. Alhamdulillah… confident level bertingkek-tingkek… hehehehe.. ^_^… kena ingat tau.. KULIT YANG SIHAT iaitu kulit yang menyimpan air dan lemak, lembab, halus, lembut, gebu dan warna kulit sekata, tidak terlalu berminyak dan tidak pula terlalu kering,  dengan kata lain nampak lembab jer…

cantik

SO, NAK CANTIK SECARA SEMULA JADI tak? atau bahasa orang putih-nya NATURAL BEAUTY??

Caranya mudah je, anda perlu mengamalkan penjagaan dalaman seperti mengamalkan pengambilan supplement. Supplement adalah makanan tambahan yang diperlukan oleh sel badan kita untuk berfungsi dengan sempurna. Jadi bila sel dalam badan sihat, luaran pun akan automatik jadi cantik. Kecantikan itu bermula dari dalam, betul tak?

Meh sini nak cerita sikit.. :D

Sekiranya anda memahami fungsi dan kepentingan protein dalam kehidupan, anda pasti tidak akan ragu-ragu untuk melabur wang bagi mendapatkan protein yang terbaik untuk kesihatan dan kecantikan anda.

  • PROTEIN
Badan memerlukan 9 jenis ASID AMINO PERLU yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan perlu diambil daripada diet harian ataupun supplement. 9 asid amino perlu ini akan membentuk 13 jenis asis amino tidak perlu.

Bagaimana protein mencantikkan kulit?

Kulit menjadi anjal disebabkan kehadiran KOLAGEN yang bertindak seperti simen yang kuat menggabungkan di antara satu sel dengan sel yang lain. Kolagen adalah tisu berstruktur dan proses penggantiannya sangat perlahan.Kolagen diperbuat daripada protein berserat, dan 30% daripada keseluruhan protein dalam badan adalah kolagen. Fiber putihnya yang kuat itu adalah lebih kuat daripada wayar logam yang sama saiznya serta mempunyai rangkaian elastic kuning yang dipanggil ELASTIN, membentuk jambatan tisu yang memegang badan kita.

Kolagen menguatkan kulit, salur darah, tulang dan gigi. Kolagen adalah satu di antara PROTEIN YANG BERNILAI di dalam badan manusia. Otot-otot di bahagian kaki dan tangan akan mula menggeleber bagi orang sakit atau yang mengamalkan protein rendah diet sebagai tanda mereka sudah kehilangan kolagen.

Asasnya sel tubuh kita terbina daripada protein. Namun, pelbagai proses yang dilalui oleh tubuh kita menyebabkan protein termusnah, menjadi tua, rosak dan sebagainya. Justeru, kita perlukan protein baru untuk mengganti protein yang hilang tadi.

Protein boleh diperolehi daripada ayam, ikan, daging, kekacang. Namun hakikatnya, suhu yang tinggi memusnahkan pula protein tadi. Maka, pengambilan suplemen protein yang berkualiti adalah penting untuk membantu anda mendapat khasiat protein yang optimum.

  • VITAMIN C

Selain daripada protein, kulit memerlukan Vitamin C untuk membentuk kolagen. Kolagen ibarat simen yang mengikat batu-bata (protein), supaya kulit sentiasa kenyal. Kekurangan kolagen membuatkan tubuh anda mudah lebam dan calar, kering dan bersisik. Kolagen yang cukup daripada Vitamin C yang baik membuatkan kulit anda kelihatan bersinar dan gebu.

  • VITAMIN B

Vitamin B Complex (B for Beauty) menjaga kesihatan kulit daripada dalam. Ia membantu mengurangkan garis-garis halus di kulit. Vitamin B Complex juga penting untuk melanin yang memberi warna pada kulit. Lebih kerap anda berada di bawah matahari, lebih banyak B Complex diperlukan.

  • VITAMIN E

Vitamin E yang memang diketahui umum adalah vitamin untuk kecantikan kulit, melawan penuaan (kedut). Vitamin E bersifat anti-oksidan dalam bentuk fat-soluble (manakala Vitamin C tadi dalam bentuk water-soluble).

Sel kulit berganti setiap 21 hari. Selepas 21 hari, ia akan digantikan dengan sel baru, yang mana sekiranya kita memberikan tubuh kita ‘makanan asas’ yang sihat, maka sel yang terhasil itu pastilah sihat juga. (Sebab tu dalam bidang kecantikan, kerap ditekankan proses scrubbing untuk menghasilkan kulit yang cantik. Sebenarnya, ianya ialah membuang sel2 lama yang telah rosak dan mati, dan membenarkan sel2 baru untuk hidup dan bernafas menggantikan sel2 lama tadi.

Suplemen pilihan saya untuk kecantikan kulit?
Sudah tentulah daripada Shaklee!
Kenapa Shaklee?
Sebab 3 perkara ==>> Sentiasa Selamat, Berkesan dan Semulajadi
Tiada sebarang bahan chemical dalam supplemen Shaklee ini.. ^_^

**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit


   Feb 05

Hebatnya Lecithin Shaklee

Tahukah anda tentang LECITHIN?

Lecithin ditemukan pertama kali pada tahun 1805 oleh seorang ahli akademik Perancis Maurice Gobley. Lecithin adalah substansi sejenis lemak yang dinamakan phospholipid (FAT). Zat ini setiap hari diproduksi oleh hati ketika semua zat nutrien terpenuhi.Lecithin diperlukan oleh setiap sel dalam tubuh dan merupakan komponen utama pembentukan membran sel yang berfungsi untuk mengatur nutrisi keluar masuk sel. Tanpa lecithin pembentukan membran sel akan mengalami kesulitan. Lecithin tidak boleh dihasilkan secara semulajadi oleh tubuh kita akan tetapi lecithin boleh didapatkan melalui makanan.

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh University of North Carolina di Chapel Hill dan University of Duke antara sumber makanan untuk lecithin adalah kuning telur, kacang soya dan jagung. Namun sumber lecithin yang terbaik adalah dari kacang soya kerana kacang soya bebas dari kolesterol dan merupakan sumber utama kolina.

Kedelai, kacang kedelai

 

MENGAPA LECHITIN SHAKLEE

 Kacang soya – sumber semulajadi yang terpilih.
 Kapsulnya mempunyai ciri-ciri lecithin sebagaimana di anugerahkan oleh alam
 Tiada pengawet, perwarna, perasa tiruan
 Kepekatannya~ setiap 1 kapsul terdiri dari 520 mg lecithin, 78 mg phosphatidycholine dan 47 mg phosphatidylinositol

Lecithin shaklee juga dikenali sebagai pengemulsi semulajadi kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak dan ia menyebabkan lemak terapung dalam darah, seterusnya mencegah lemak dari melekat pada dinding membrane.

NOTA PENTING: -Pada umumnya, lecithin dianggap safety kecuali bagi individu yang memiliki alah terhadap soya. Akan tetapi, Robert Atkin MD menganjurkan pasien tidak minum lecitin dalam dos tinggi tanpa diimbangi dengan mengkonsumsi Vitamin C untuk melindungi diri dari terbentuknya nitrosamine kerana metabolisme kolina.

Manfaat Lecithin:

1.  Untuk Kuruskan badan

  • Lecithin bertindak seperti ’PEMECAH LEMAK (fat emulsifier). Membantu dalam proses pemecahan lemak dengan lebih cepat.
  • Meningkatkan tahap METABOLISME badan.
  • Lecithin juga membantu anda menghilangkan SELULIT.

2. Untuk individu yang mempunyai paras Kolesterol Tinggi

  • Merendahkan paras LDL, iaitu kolesterol jahat dan triglycerides.
  • Meningkatkan paras HDL, iaitu kolesterol baik.
  • Membantu dalam proses penyembuhan pesakit yang mempunyai bacaan kolesterol tinggi.

3. Untuk organ tubuh badan

  • Meningkatkan fungsi OTAK ~ kolina adalah sangat penting dalam menguatkan daya ingatan terutamanya di kalangan warga emas. Lecithin juga digunakan untuk merawat penyakit berkaitan gangguan ingatan seperti DEMENSIA, AMNESIA dan ALZHEIMER. Juga digunakan dalam rawatan untuk beberapa jenis penyakit kemurungan dan kebimbangan.
  • Untuk fungsi dan kesihatan HATI yang baik ~ Dengan melarutkan lemak ke dalam air, ini boleh membuatkan lemak tidak akan terkumpul di dalam hati. Ini seterusnya dapat menyahtoksid berbahaya dari hati. Ia juga digunakan untuk merawat penyakit pundi hempedu dan penyakit hati.
  • Lecithin membantu memecahkan lemak dan kolesterol dan seterusnya memaksa lemak dan kolesterol ini bergerak melalui salur darah supaya ia tidak berkumpul di dalam arteri kerana apabila arteri tersumbat, ia boleh menyumbang kepadapenyakit JANTUNG dan hati.
  • Juga digunakan dalam merawat sakit KULIT seperti ekzema. Malah, ada juga individu yang menyapukan lecithin kepada kulit sebagai pelembap.

Joom tengok gambar demo macam mana Shaklee Lecithin ni bertindak untuk singkirkan lemak jahat dalam badan kita

lecithin

Jelas terbukti bukan, apabila lemak dah terurai maka akan mudah bagi lemak jahat dapat disingkirkan dari badan kita. 

So, ANDA bila lagi malu mencubanya?.. Jom la dapatkan Shaklee Lecithin anda hari ni! Kecil-kecil cili api… Insya Allah pasti puas hati….